Ads 468x60px

GIATMARA Kota Raja

GIATMARA Kota Raja. No. 41, Jalan Kota Raja,
Hicom Town Centre,
Seksyen 27, 40400 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

OBJEKTIF PENUBUHAN GIATMARA

Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis dan tahap ketukangan yang berteraskan kepada masyarakat tempatan mengikut perkembangan teknologi serta keperluan semasa. Menambah bilangan guna tenaga mahir dalam pelbagai bidang dan tahap kemahiran untuk sektor perdagangan dan perindustrian bagi memenuhi keperluan negara dalam menuju wawasan 2020. Mewujudkan bakal-bakal usahawan teknikal bumiputera.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

1. Umur 15 ke atas
2. Boleh menulis, membaca, dan MINAT.
3. Sihat dari segi fizikal dan mental.
4. Berminat dalam bidang yang dipilih.

PERMOHONAN KEMASUKAN

Untuk mendapatkan borang, sila 'muat turun' daripada laman web rasmi GIATMARA di http://www.giatmara.edu.my atau mendapatkannya terus dari mana-mana GIATMARA seluruh Malaysia atau di pejabat-pejabat MARA Negeri/Daerah di kawasan anda. Permohonan boleh dihantar terus ke alamat:

GIATMARA Kota Raja
No. 41, Jalan Kota Raja,
Hicom Town Centre,
Seksyen 27, 40400 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Anda juga boleh menghubungi kami menerusi:
Talian : 03-5103 4223 (AM) 03-5103 4224 (P)  03-5103 4225 (
Faks) 
Email : gmkotaraja@giatmara.edu.my
Web : http://www.giatmara.net.my/gmkotaraja

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Elaun bulanan (RM200.00).
2. Sijil GIATMARA dan *Sijil Kemahiran Malaysia.
3. Peralatan pembelajaran percuma.
4. Insuran berkelompok.
5. Khidmat nasihat keusahawanan sebelum dan selepas kursus.

Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Kota Raja

1. Teknologi Animasi Digital (6 Bulan)
2. Rekabentuk Grafik dan Pengiklanan (6 bulan)


GIATMARA 1MALAYSIA