Ads 468x60px

SEJARAH

Sejarah GIATMARA Kota Raja


GIATMARA Kota Raja di tubuhkan dibawah Parlimen Kota Raja dalam Negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia ke-9, ia mula beroperasi pada bulan Februari 2009 dengan pengambilan pertama pelatih pada bulan April 2009 dalam Kursus SPA Aromaterapi dan bertempat di premis yang disewa di No. 40 B, Tingkat 2, Jalan Sri Sarawak 19, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Pengambilan pertama tamat pada September 2009 dan penyewaan premis ditamatkan pada bulan Oktober 2009 kerana kursus SPA Aromaterapi ditutup dan peralatan dipindahkan ke GIATMARA Shah Alam dan GIATMARA yang berdekatan.


Kursus Teknologi Animasi di pindahkan daripada GIATMARA Kelana Jaya ke GIATMARA Kota Raja bermula sesi Januari 2010 dan ditempatkan dipremis milik MARA di Lot 25A, Tingkat 1, Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Lot premis perniagaan yang disewa dari MARA ini beroperasi berselahan dengan Pejabat GIATMARA Negeri Selangor dan hanya mampu menampung satu kursus sahaja.


GIATMARA Kota Raja kini telah beroperasi sepenuhnya bermula pada Oktober 2011 di tempat baru. Perpindahan lokasi ini adalah disebabkan penempatan sebenar ke Parlimen Kota Raja dan keperluan tambahan ruang bagi penambahan kursus baru iaitu Rekabentuk Grafik dan Pengiklanan. Alamat terkini GIATMARA Kota Raja adalah di No. 41, Jalan Kota Raja L27/L, Hicom Town Centre, Seksyen 27, 40400 Shah Aam, Selangor Darul Ehsan.